PROGRAM CERAMAH KEUSAHAWANAN

“FINANCIAL FREEDOM: REALITY OR FANTASY?”

Rabu, 22 Mei 2013 : Unit tajaan, sekretariat pelajar konvensyen keusahawanan Islam (Iceps 9)dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah mengadakan program ceramah keusahawanan “Financial Freedom: Reality or Fantasy?”

Bilangan peserta yang hadir adalah seramai 44 orang termasuk urusetia program seramai 7 orang. Bertempatkan Dewan Kuliah Utama Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (DKU FEM USIM), majlis bermula jam 2.00 petang dan berakhir tepat jam pukul 5.00 petang

Ceramah keusahawanan “Financial Freedom: Reality or Fantasy?” ini berjalan dengan lancer walaupun bilangan peserta yang hadir tidak mencapai target seramai 100 orang seperti yang diharapkan. Hal ini adalah kerana berlakunya pertembungan dengan beberapa program lain pada waktu yang sama. Selain itu, pengisian yang padat dan ringkas yang disampaikan oleh wakil PUNB, Puan Nurhazlin Bt Abd Ghani amat bermanfaat dan mudah diterima oleh para pelajar. Gaya penyampaian beliau yang bersahaja dan mesra dapat menarik minat peserta mendengar ceramah ini sehingga tamat.

Semakin hari semakin ramai umat Islam yang ingin mencari kebebasan kewangan. Namun adakah ramai daripada kita menyedari setiap hari juga ramai daripada kita yang masih lagi mundur dari segi penyelesaian cara dan bertindak. Untuk kita berubah dan mengubah nasib, kita bukan sahaja perlukan satu bentuk semangat tetapi tindakan dalam mengharungi setiap cabaran.

Sebagai umat Islam, setiap perkara perlulah kita yakin(kepercayaan) dan berfikir secara waras(rasional).  Contahnya, dalam video yang dibuat oleh Mat Luthfi (ranking pertama ‘blogger’ terkenal di Malaysia) terselit kata-kata yang amat memberangsangkan, “Kepercayaan tanpa rasional adalah buta. Rasional tanpa kepercayaan adalah kosong”. Apapun setiap niat untuk berubah bukannya satu fantasi. Ianya mampu menjadi realiti jika kita mengikut haluan yang benar. Kita sama-samalah berdoa agar kita semua beroleh petunjukNYA dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

‘Bekerja itu merupakan satu sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.W.T’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s