Ahad, 19 Mei 2013

Nilai : Unit makanan sekretariat konvensyen keusahawanan islam kali ke-9 (iCEPS 9) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program pemantapan amali solat dan kecemerlangan akademik dengan kerjasama Jiranita Taman Desa Anggerik, Bandar Baru, Nilai.

Peserta adalah terdiri daripada 56 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang juga merupakan anak-anak penduduk kawasan Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai. Turut serta urusetia program seramai 6 orang dan 10 orang fasilitator yang terdiri daripada USIM.

Bertempatkan Dewan Kuliah Utama Fakulti Ekonomi dan Muamalat (DKU FEM) USIM, program Pemantapan Amali Solat dan Kecemerlangan Akademik dilaksanakan berdasarkan tentatif program yang dirancang dimana majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam pukul 5.30 petang.

Program dimulakan dengan pendaftaran pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah , sesi Taa’ruf, “Ice Breaking”, Teori “Syoknya Berbicara Dengan-Nya” dan diikuti dengan Minum Pagi. Seterusnya, disambung lagi Praktikal “Syoknya Berbicara Dengan-Nya”, Makan Tengahari dan Solat Zohor Berjemaah. Selepas itu, “Making Success Happen”, “Dynamic Games”. Akhirnya, minum petang, Solat Asar Berjemaah, Majlis Perasmian Penutup dan bersurai.

Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai semangat cakna dan bertanggungjawab terhadap pelajar dan menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat di luar amnya. Selain itu, memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara lebih dekat bukan sahaja dengan peserta tetapi penjaga mereka juga. Tambahan pula, melatih mahasiswa/i menggalas tanggungjawab sebagai pembimbing dalam berkongsi pengetahuan agama yang merangkumi ibadah fardhu seperti solat.

Kata-Kata Hikmah Imam Al Ghazali :

‘Apakah yang paling ringan di dunia?’

‘Yang paling ringan adalah meninggalkan solat’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s