Khamis, 16 Mei 2013

Nilai : Unit multimedia dan dokumentasi, sekretariat pelajar konvensyen keusahawanan (iCEPS 9)  dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) telah mengadakan program tayangan filem “5 Broken Cameras”.

Bilangan mereka yang hadir seramai 137 orang termasuk urusetia program seramai 17 orang. Majlis  dimulakan dengan tayangan filem pada jam 8.30 malam hingga jam 11.00 malam. Selepas itu, diteruskan dengan bedah filem “5 Broken Cameras” oleh saudara Amir Farid Sabuddin iaitu wakil dari lensa Ghaza Aqsa Syarif.

Bertempatkan Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Al Quran dan Sunnah (DKU FPQS) USIM, tayangan filem ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/mahasiswi USIM tentang isu semasa saudara kita di Palestin. Manakala, menerusi bedah filem turut menampilkan aktivis Aqsa Syarif Lensa Gaza untuk berkongsi pengalaman mereka.

Filem ini mendapat sambutan hangat berikutan kisahnya mengenai 5 buah kamera yang pecah dan setiap satu daripadanya mempunyai kisah yang tersendiri untuk diceritakan. Peninggalan peluru yang tertanam dalam  teknologi digital menjadi saksi 5 buah episod memori  merupakan kisah Emad Burnat, seorang petani dari kampung Palestin Bil’in. Sebuah perkampungan yang terkenal dengan cabaran dan keganasan apabila tentera Israel menceroboh tanah untuk membuat ruang bagi penjajah Yahudi. Emad telah membeli kamera yang pertama pada tahun 2005 untuk mendokumentasikan kelahiran anak keempatnya, Gibreel. Sepanjang filem itu, anaknya menjadi arkib aman perjuangan yang semakin meningkat dewasa.

Istimewanya, filem “5 Broken Cameras” merupakan sebuah filem yang telah diberi Anugerah Dunia Cinema Pengarahan di Festival Filem Sundae 2012. Filem ini juga menerima Penyiar Khas IDFA Penonton dan Anugerah Khas Juri di Documentary Festival Filem Antarabangsa Amsterdam 2011. Pengarah Guy Davidi Israel dan Palestin Emad Burnat membincangkan dokumentasi 5 Kamera Broken mereka yang menjangkau lima tahun selepas percubaan tentera Israel untuk membina sebuah tembok pemisahan di kampung Emad, Bil’in. Lebih daripada lima tahun dan melalui lima kamera yang pecah semasa pemprotesan, Emad memfilemkan perjuangan kampungnya terhadap pemisahan, di samping turut merakamkan teman setianya iaitu anaknya yang kian membesar.

 ‘Kamera adalah senjata yang sangat kuat’ di mana ‘Setiap kamera adalah episode dalam kehidupan’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s