Dalam menjalani kehidupan yang sempurna, duit adalah keperluan. Duit adalah alat bukannya matlamat kehidupan. Jangan diajar diri dan keluarga kita hidup bertuhankan wang tunai, seandainya duit menjadi matlamat kehidupan kita maka hilanglah keberkatan yang sepatutnya lahir daripada titih peluh dan usaha kita. Ingatlah bahawasanya Allah telah merakamkan firmannya di dalam Al Quran pada Surah Az Zukhruf daripada ayat 51-54 menceritakan perihal tipu daya Fir’au LaknatuLLAH yang telah memperbodohkan Umat Nabi Musa Alaihis Salam dengan keangkuhan harta dan kekayaan yang ada padanya:

وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِن تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini – akulah yang menguasainya, dan sungai- sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?

أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِّنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ

“Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini (Musa), dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?”

فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِّن ذَهَبٍ أَوْ جَاء مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ

“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”

فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْماً فَاسِقِينَ

(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik – derhaka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s