doa

Ayuh sama-sama kita berdoa sebelum berbuka puasa setiap hari.
……….

Ya Allah tunjukkan kami sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan.

” Berikan kesihatan kepada kami sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

” Dan peliharalah kami sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. “

” Berilah keberkatan bagi kami pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. “

” Dan selamatkan kami dari bahaya yang telah Engkau tentukan. “

” Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang dihukum. “

***

” Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. “

” Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. “

” Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi “

“Ya Allah, tunjukkanlah kami, dan berilah kami petunjuk, dan jadikanlah kami penyebab kepada mereka yang mendapat petunjuk.

***

“ Ya Allah, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW di awal, dan selawat ke atas baginda di akhir, dan selawat ke atas baginda pada setiap waktu dan ketika, dan selawat ke atas baginda di kalangan malaikat hingga hari Kiamat

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi maaf,maka maafkanlah kami.

Ya Allah, rahmatilah kami untuk meninggalkan maksiat

“Berilah kami rezeki untuk melihat apa yang Engkau redhai.

***

Ya Allah janganlah Engkau membiarkan kami pada malam ini dengan dosa kecuali Engkau memaafkannya.

Dan dengan aib kecuali Engkau tutupinya

Dan sebagai orang yang hina kecuali Engkau memaafkannya

Dan sebagai orang yang berdosa kecuali Engkau memberi petunjuk

Dan sebagai orang yang keliru kecuali Engkau teguhkan

Dan sebagai orang yang bertaubat kecuali Kau menerimanya

Dan sebagai orang yang dizalimi kecuali Kau beri pertolongan

Dan sebagai orang yang berhutang kecuali Kau melangsaikan

Dan sebagai orang yang tertawan kecuali Kau bebaskan

Dan sebagai orang yang meminta kecuali Kau ampunkan

Dan sebagai seorang anak kecuali Kau lindungi

Dan sebagai ayah kecuali Kau redhai

Dengan rahmatMu juga wahai yang Maha memberi rahmat

***

Ya Allah, berilah kami rahmat untuk meninggalkan maksiat selama mana kau beri petunjuk pada kami

Ampunkan dosa kami, dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir

Ya Tuhan kami, janganlah Kau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Kau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.

Ya Allah, janganlah Kau jadikan dunia sebagai kesedihan kami yang paling besar, dan bukan juga sebagai tujuan hidup kami, dan janganlah jadikan neraka tempat kembali kami,

Dan jadikanlah syurga adalah rumah kediaman kami,

Ya Allah hilangkanlah dunia dari hati kami, dan jadikanlah dunia di tangan kami, dan jangan jadikannya di dalam hati kami,

***

Kami memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, dan rezeki yang baik, dan amalan yang diterima,

Ya Allah, ampunkanlah kami dan ayah-ayah kami, ampunkanlah kami dan ibu-ibu kami, ampunkanlah kami dan pasangan-pasangan kami dan anak-anak kami, ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami lelaki dan perempuan

***

Ya Allah, ampunkanlah kami dan kaum kerabat kami, dan jiran-jiran kami, dan ampunkanlah semua yang meminta kepadaMu, dan kepada semua yang kami minta mereka mendoakan kami, ampunkanlah semua yang menyayangi kami keranaMu Ya Allah, ampunkanlah juga semua yang kami sayangi keranaMu, dan jadikanlah kami di bawah lindungan dan kelembutanMu Wahai yang Maha memberi rahmat.

***

Ya Allah terimalah taubat kami, dan bersihkanlah taubat kami, dan terimalah doa dan permintaan kami, dan tunjukkan jalan kepada hati-hati kami,

Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami atas agamaMu, wahai yang memandu hati, pandu hati kami pada ketaatan kepadaMu, perbaikilah akhlak kami, dan janganlah Kau jadikan kami bergantung pada diri kami sendiri walau sekejap,

***

Ya Allah, kataMu adalah benar “ Berdoalah kepadaKu nescaya akan Aku perkenankan”, maka tunaikanlah janjiMu sebagai mana yang kau telah janjikan, terimalah kami sebagaimana kami meminta kepadaMu,

Ya Allah janganlah Kau jadikan kami fitnah kepada orang yang zalim, dan selamatkan kami dengan rahmatMu dari kaum kafir,

Selawat dan salam hanya buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ameen Yaa Rabbal ‘Alameen..

*Ini adalah terjemahan doa Qunut dari salah sebuah Masjid di Mesir. Ayuh kita doakan saudara kita di negara islam lainnya…
‪#‎mesirkini‬

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s