Pasukan skuad iCEPS 9

Nilai,26 Sept 2013, Khamis- Telah berlangsungnya konvoi skuad ICEPS 9 bermula jam 5 petang semalam. Konvoi Skuad ICEPS 9 dilancarkan sebagai pembukaan kepada Karnival ICEPS 9 di samping mempromosikan ICEPS 9 kepada masyarakat sekitar Nilai .Konvoi Skuad ICEPS 9 yang diketuai oleh saudara Saufi Saad ini telah melibatkan 17 buah basikal ,15 buah motor dan juga 2 buah kereta dengan diiringi sebuah ambulans sebagai langkah keselamatan.Konvoi ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran mascot ICEPS9 iaitu seekor tupai.Skuad telah dilepaskan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Dr Asmaddy Haris.

Konvoisepanjang 11.5 km ini bermula dari Stadium Tertutup Nilai , terus ke Akasia, Jati Park, Anggerik, Kampus USIM dan berakhir semula di Stadium Tertutup Nilai. Konvoi ini berlangsung selama 1 jam 15 minit.“Alhamdulillah, konvoi ini mendapat sambutan dan sokongan yang sangat baik daripada masyarakat sekitar.Ini dapat dilihat daripada pertambahan kehadiran pengunjung yang mendadak pada malam semalam”, ujar saudara Solehan M Amin, salah seorang ahli skuad iCEPS9.

Berkata Pengarah iCEPS9, saudara Ahmad Afiq bin Ahmad Maulud, “para crew iCEPS9 merupakan kekuatan buat saya. Dengan sokongan dari mereka, akhirnya saya berjaya menamatkan Konvoi Skuad iCEPS9.Semoga ukhuwwah yang dibina mampu bertahan hingga ke akhirnya.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s