konflik mesir

Nilai, 26 Sept 2013, Khamis- Sekitar 400 orang penonton telah menghadiri Forum Konflik Mesir: Revolusi atau Rampasan sempena Karnival iCEPS9.  Majlis dimulakan dengan persembahan flashmob jemputan dari  Aqsa Syarif Nilai yang diketuai oleh Saudari Noor syamila Samsulkamal.

“Flashmob ini menceritakan kronologi kisah yang berlaku di Mesir, bermula daripada konspirasi yang dilakukan oleh penyokong Jeneral As sisi pada zaman pemerintahan Presiden Dr Morsi sehingga perjuangan yang masih belum selesai di seluruh dunia dalam menyokong perjuangan menuntut keadilan di medan Rabaah”, ujar salah seorang peserta flash mob, Saudara Muhammad ‘Afif Bin Amir Husin yang juga merupakan ahli Aqsa Syarif Nilai.

Forum yang dikendalikan oleh Saudara Amir Zuhair, telah menampilkan dua orang yang sangat berpengalaman dalam isu ini, iaitu Ustaz Abdul Haris Bain, wakil Presiden IKRAM ke Mesir dan juga Prof. Madya Kamaruzzaman Yusof, Pensyarah UTM Skudai.  Forum ini telah mengupas lanjut tentang keadaan sebenar pergolakan yang berlaku di mesir.

Berkata Prof. Madya Kamaruzzaman “Al-Quran dan As-Sunnah adalah rahsia tarbiyyah Ikhwanul Muslimin yang berjaya kerana secara umumnya, ahli-ahli Ikhwanul Muslimin hendaklah menghafaz minima 10 juz Al-Quran untuk menjadi ahli yang sah” . Antara hadirin yang hadir semalam adalah para pelajar  Sekolah Menengah Agama Nilai dan Sekolah Menengah Agama Itqan, Gemencheh.

Di akhir program, banyak persoalan yang diajukan oleh para penonton membuktikan bahawa masyarakat peka dengan isu semasa yang sedang berlaku di sana. “Walhal, ada yang menyalahgunakan sistem demokrasi demi kepentingan peribadi bukannya berasaskan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan” demikian dikatakan oleh Ustaz Abdul Haris.

Menurut pengarah forum ini, Saudari Nurul Athirah binti Mohd Sobri, “isu ini dipilih selaras dengan isu semasa yang sangat gempar kini. Ia bukanlah isu Morsi atau As Sisi namun merupakan isu keadilan yang telah dicabuli.” Forum diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan juga hadiah cabutan betuah kepada pengunjung yang hadir. Jutaan penghargaan diberikan kepada RMD Qaseh Rich Training and Consultancy yang sudi menaja cenderamata pada malam tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s