timeline iceps9

Oleh : Muna Majidah Zameram

NILAI 29 September- Karnival bersempena Konvensyen Keusahawanan Islam kali ke-9 (iCEPS9) selama empat hari bermula 26 September ini di Perkarangan Stadium Tertutup Nilai telah mendapat kunjungan lebih 20,000 orang pengunjung dari seluruh Malaysia.

iCEPS9 yang merupakan anjuran para mahasiswa tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini telah dimulakan dengan konvoi berbasikal skuad iCEPS9 sepanjang 12km di sekitar Nilai bersama Kelab Berbasikal Bomba Nilai.

Pengarah iCEPS9, saudara Ahmad Afiq Ahmad Maulud berkata, pihaknya membuat beberapa pembaharuan dalam karnival konvensyen kali ini dengan menggabungkan beberapa program besar bagi memberi peluang kepada para mahasiswa untuk bersama masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Konvensyen ini pada dasarnya adalah untuk memberi pendedahan berkaitan keusahawanan islam. Namun, kali ini, kami juga menganjurkan program-program yang menerapkan nilai-nilai islam seperti solidariti perjuangan umat Islam melalui Forum Konflik Mesir: Revolusi atau Rampasan dan Konsert Simfoni Akustik Gaza dan Syria,” katanya.

Tambahnya lagi, “aktiviti paling besar dalam karnival konvensyen kali ini ialah penganjuran Malam Cinta Rasul buat kali pertama di Negeri Sembilan yang menampilkan Habib Syech Assegaf dan Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki.”

IMG_6262

DSC_2618

Karnival konvensyen yang diadakan bermula jam 9 pagi hingga jam 11 malam ini telah disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah Go-Kart, Bicara Siswi: Diskriminasi Wanita Berhijab, Mini Zoo, Giant Bubble, Photo Booth, Young Entrepreneurship Seminar (YES) dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pertandingan-pertandingan yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, antaranya Sukaneka Mahasiswa, Spell It Right, Pertandingan Islamic Business Plan, Explorace, Pertandingan Nasyid Terbuka, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bayi Comel, dan Sukan Rakyat.

IMG_6670

Yang turut hadir, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM dalam Majlis Perasmian Penutup iCEPS9 hari ini.

“Komitmen tinggi para mahasiswa dalam menganjurkan program sebegini sememangnya selari dengan harapan universiti untuk melahirkan pelajar berkepimpinan tinggi dan mampu bersaing dalam dunia global yang semakin mencabar masa kini,” kata Penasihat iCEPS9, Dr Khairil Faizal Khairi.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s