Oleh : Halimaton Saadiah

Nilai, 26 Sept 2013, Khamis – iCEPS 9 kini lebih meriah dengan adanya pameran-pameran daripada pelbagai agensi. Dengan adanya pameran-Picture2pameran ini, para pengunjung dapat mengetahui pelbagai maklumat yang berguna serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat atau ber kongsi idea. Antara pamerannya adalah seperti berikut :

1. Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan
2. Darus Syifa’ KLIA
3. Waqaf
4. Etiqa Takaful Maybank
5. Aman Palestin
6. PEMBINA
7. Syria Care

Picture3

KELAB RADIO AMATUR NEGERI SEMBILAN
Tujuan penubuhan kelab ini adalah menarik minat para belia terhadap teknologi baru dan kegunaan radio kepada dunia masa kini. Ia juga akan menghindarkan belia dengan budaya lepak seterusnya menghindarkan dari gejala yang tidak baik. Membantu masyarakat dengan memberi pertolongan secara langsung atau tidak langsung. Memberi pendidikan teknologi maklumat serta merapatkan diri dengan masyarakat. Menarik minat masyarakat dariperingkatpelajarhinggakeperingkat yang teratas, perihal pentingnya perhubungan radio dua hala.

Picture1

DARUS SYIFA’ KLIA

Darussyifa’ merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan masyarakat luar terutamanya orang Islam ia menjadi satu altenatif kepada  orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital. kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami penyakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya. Dengan kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa’ iaitu menggunakan ayat-ayat al-Qur’an, Hadith dan Doa-doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya.

Darussyifa’  merupakan nama sebuah bangunan yang digunaka nuntuk kegiatan pengubatan Islam. Perkataan Darussyifa’  adalah gabungan daripada perkataan dar (rumah) dan al-Syifa’ (kesembuhan) yang bererti Klinik Rawatan. Idea penubuhan ini lahir daripada seorang pensyarah dan juga seorang ulama  yang terkenal di tanah air. Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haron bin Din lebih dikenalidengan pangillan UstazHaron Din. UstazHaron Din bergiat dalam bidang rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur’an, hadith serta sunnah Rasulullah s.a.w.

“Kita hanya BERIKHTIAR untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan, yang penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan IKHLAS kerana Allah SWT.”

PEMBINA

Picture4

Harapan yang menggunung untuk “Meneraju Arus Mahasiswa” serta “Membentuk Jati Diri Belia” telah membawa PEMBINA datang ke iCEPS9 untuk membuat pameran. “Take opportunity” adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai objektifnya.Olehsebabitu, PEMBINA mengambil peluang ini untuk dapat berhubung dengan belia terutamanya dan masyarakat luar sana umumnya. Menariknya PEMBINA ini adalah mereka amat menekankan isu-isu semasa dalam negara. Contohnya, berleluasanya isu-isu liberal ini mempengaruhi dan mengelirukan pemikiran dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Matlamat utama penubuhan PEMBINA adala untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmurannegara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jati diri belia, serta gerak kerja ke masyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivis mebelia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

PEMBINA optimis bahawa golongan belia Islam di Malaysia secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi bangsa yang hebat, walaupun sering dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dan krisisi dentiti. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan.  Inilah mesej yang ingin dibawa oleh PEMBINA kepada masyarakat.

“Menjadi peneraju aktivis membelia Islam melalui pemuliharaan dan pembangunan belia Islam.”

 

ETIQA TAKAFUL

Pameran ini bertujuan memperluaskan pakej terbaru iaitu Plan Mabrurhasilinovasi daripada Plan Karisma. Perbezaan antara Etiqa Insurans dan Etiqa Takaful adalah ketua bagi Etiqa Insuran sialah orang bukan Melayu manakala bagi ketua Etiqa Takaful adalah orang Melayu.

Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji danUmrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaa nakaunTabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar. Pelan ini disertakan BayaranTunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan BayaranTunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. BayaranTunai tetap ini akan dikumpulkan di dalamakaunTabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi ke perluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Pesertadan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun. Antara manfaat dan perlindungannya adalah seperti berikutnya :

Manfaat Utama

  1. Mula tambahkan simpanan anda
  2. Manfaat Matang

Perlindungan Komprehensif

  1. Manfaat Kematian
  2. Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan
  3. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
  4. Manfaat Badal  Haji
  5. Elaun Haji dan Umrah
  6. Manfaat Ihsar
  7. Elaun Penjagaan Anak

Aman Palestin mempunyai visi untuk menjadi sebuah badan yang akan menjadi sumber rujukan (Marja’iyyah) dengan mengambil perananPicture5 memberikan pertolongan (An-Nusrah) dan sokongan (Ad-Da’mu) kepada rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan (Jiddiyyah).

Manakala misi Aman Palesti pula adalah menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang berukhuwwah. Keduanya, membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan di samping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.Tabung Palestin Aman Palestin telah dilancarkan secara rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia pada 8 September 2009. Antaranya :

1- Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880

2- Maybank (M) Berhad: 562263010787

3- Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717

4- RHB Islamic Bank: 21245760004907

5- Bank Rakyat: 22-080-619592-2

6- CIMB Islamik: 12150001242107

7- Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

Bagi sumbangan dalam bentuk barangan yang boleh dijual beli untuk disumbangkan ke tabung Palestin, anda bolehlah menghubungi pejabat untuk mendapatkan keterangan lanjut.Sebarang MoU, perjanjian, usahasama, serta kerjasama ke arah penyumbangan dalam bentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harap & alu-alukan. Segala usaha ke arah kebaikan ini hanya Allah saja yang layak membalasnya.

 

WAQAF

Picture2

Program Amal Wakaf Al-Quran anjuran Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Prihatin Selangor (MASYAR) disokong oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini membuka peluang kepada orang ramai untuk beramal dengan membantu secara membeli dan mewakafkan Al -Quran kepada sekolah-sekolah. Contohnya, harga bagi sebuah naskhah Al-Quran bersamaan RM30. Harga ini terlalu mahal bagi mereka yang bergelar fakir miskin. Oleh itu, bagi mereka yang tidak berupaya, dengan RM5 dapat membeli sebanyak 1 lot sudah memadai. Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan persaudaraan antara umat Islam. Al Quran yang telah dibeli dan DIWAKAFKAN oleh orang ramai kepada sekolah-sekolah akan membantu pelajar-pelajar supaya tiada lagi pelajar membawa Al -Quran dari rumah atau berkongsi Al -Quran di sekolah. Dengan itu juga mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya semasa pembelajaran (j-Qaf) Pengajaran al Quran serta menjaga adab ketika membawa atau menggunakan Al -Quran. Melalui Program Amalini juga, kita semua dapat berusaha untuk mencari keredhaan dan keberkatan dariNya. Al Quran yang diperlukan untuk diwakafkan kepada 710 Buah Sekolah Rendah Kebangsan (Selangor, Wilayah Persekutuan &Putrajaya) adalah sebanyak 71,000 naskah.

“Gunakan Al-Quran berterusan, menjadikan amalan berterusan”

Picture3

Picture4Syria Care adalah cawangan dari “Pertubuhan Sinar Damsyik” demi untuk membantu Umat Islam di Syria. Memberikan kesedaran rakyat malaysia mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Syria dan keperluan rakyat Syria demi membantu mereka dari sudut harta benda dan politik mereka. Mewujudkan satu alternatif untuk rakyat malaysia menyampaikan apa yang mereka mampu kepada saudara kita yang memerlukan bantuan di Syria. Tanggungjawab dan amanah kerajaan sesebuah negara adalah melindungi rakyatny dari segala bahaya ancaman yang mengancam keselamatan nyawa. Namun sekiranya amanah ini gagal dipikul apatah lagi menzalimi rakyat sendiri dan mengancam keselamatan mereka seperti rejim syiah Assad di Syria dan kudeta Mesir, makatanggungjawab harus dipikul oleh UN (United Nations), namun sekiranya pihak UN gagal mengawal keadaandan mengembalikan keamanan, maka tampuk pemerintahan harus diserahkan kepada generasi baru di negara tesebut seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir dan generasi baru pejuang pembebasan Syria .

 

Picture6Dimana hilangnya perikemanusiaan?

Mereka yang diserang ini adalah umat Islam. Mereka tempuhi liku-liku kehidupan, kesengsaraan tanpa mengharap lagi datangnya bantuan dari saudara-saudara Islam mereka di seluruh pelusuk dunia. Dengarlah rintihan mereka ketika insan tersayang mereka pergi meninggalkan mereka buat selamanya.

 

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam bersabda :

“Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscayaakan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorangm uslim Allah akan tutup kanaibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya”(RiwayatMuslim)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s