DSC_0399

Oleh: Nur Rasyidah Mohamad,Noraihan Halim

NILAI, 27 SEPTEMBER 2013 – Berlangsungnya Bicara Siswi yang bertajuk  “Trend Wanita Berkerjaya Masa Kini: Diskriminasi Wanita Muslimah” tepat jam 12.00 tengah hari di perkarangan Stadium Tertutup Nilai. Bicara Siswi ini dikendalikan oleh moderator saudari Afifa Ulayya, pelajar tahun dua . Penceramah jemputan yang didatangkan khas iaitu Puan Anfal binti Saari yang merupakan usahawan wanita yang berkerjaya telah memberi gambaran bahawa seorang muslimah tidak menjadi penghalang untuk berjaya.  Beliau juga adalah Pengurus Urusan Brotherhood Arts selaku Timbalan Presiden Pertubuhan GEMA Malaysia.

Forum bicara siswi ini menerapkan dan menyentuh perihal mahasiswi yang bakal menghadapi gerbang pekerjaan. Namun begitu, adat resam hidup di dunia setiap apa yang ingin diperolehi manusia akan ada cabaran dan mehnah tribulasi yang akan datang melanda.

Lebih-lebih lagi tekanan yang menghimpit amat dirasai oleh mahasiswi Islam terutamanya dalam konsep pemakaian, ikhtilat dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ini bukan bermakna mahasisiwi Islam terbatas dalam melakukan apa jua pekerjaan dan tiada kebebasan yang diberikan kepada mereka. Walhal, jika mereka memahami konsep cara hidup umat Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, amat mudah sekali mereka melakasanakan kewajipan mereka sebagai seorang pekerja.

Pada masa kini, terdapat sesetengah syarikat memandang enteng kepada golongan wanita yang menutup aurat. Sehinggakan majikan ini sanggup menolak permohonan kerja wanita bertudung walaupun pada hakikatnya wanita ini mempunyai kelayakan yang bagus.  Mereka menggangap golongan ini kelihatan kuno dan kolot. Dalam ceramahnya ini, Puan Anfal menceritakan bahawa realiti dunia pekerjaan sekarang jelas terdapat syarikat ternama yang tidak menerima pekerja yang berhijab.

“Sebagai mahasiswi yang bakal melihat dunia luar, perlulah  menjaga diri sebagai muslimah. Persediaan perlu dilakukan sebelum keluar ke alam pekerjaan, terdapat banyak cabaran dalam dunia pekerjaan. Dengan pendedahan sebegini, mahasiswa mendapat satu panduan  untuk mengekalkan jati diri” ujar Pengurus Urusan Brotherhood Arts.

Forum ini berakhir sekitar jam 2.00 petang dengan sesi soal jawab. Pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh para hadirin bagi mendapatkan penjelasan tentang topik yang dibincangkan. Kehadiran pengunjung sekitar 200 orang menambah kemeriahan majlis ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s