logoofficial

 

Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM akan meneruskan tradisi menganjurkan program Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) buat kali yang kesembilan. Program ini merupakan kesinambungan daripada dasar akademik FEM iaitu mengadakan lawatan industri bagi pelajar tahun satu, mengadakan lawatan sambil belajar ke institusi-institusi pengajian tinggi luar negara bagi tahun dua, menganjurkan majlis makan malam bagi pelajar tahun tiga, dan seterusnya menganjurkan Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) serta mengikuti latihan industri/amali bagi pelajar tahun empat.

Oleh yang demikian, kesinambungan Konvensyen Keusahawanan Islam Kesembilan 2013 (iCEPS9 2013) yang akan diadakan pada 26 September hingga 29 September 2013 bertempat di Kampus USIM, Nilai akan diteruskan. Tema konvensyen pada kali ini ialah ”Keusahawanan Islam Peneraju Ekonomi Global”.

Sempena penganjuran iCEPS9 2013, diharap mampu mencapai objektif utama konvensyen ini iaitu memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada peserta berkaitan keusahawanan dan konsep perlaksanaannya. Pelbagai program akan diadakan bersempena dengan konvensyen pada kali ini. Konvensyen ini diharapkan dapat menjadi teras dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berlandaskan syariat Islam. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu wadah bagi

mengenengahkan bidang dan bakat keusahawanan dalam kalangan masyarakat Islam dengan lebih meluas lagi di serata dunia. Diharapkan iCEPS9 2013 kali ini dapat dijadikan landasan bagi mewujudkan serta melahirkan usahawan yang berlandaskan syariah Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat global amnya.

boleh lawati fanpage kami facebook ICEPS 9. untuk mengikuti aktiviti2 kami. Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s