MAKLUMAT AM DAN SYARAT SEWAAN GERAI KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM (ICEPS) KE-9 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA NILAI, NEGERI SEMBILAN

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warga kampus dan peniaga di luar kampus mulai 25 Julai  2013.
  1. Deposit 50% perlu dibayar kepada pihak ICEPS semasa bersetuju untuk menyewa tapak perniaggan sebagai jaminan sewaan tapak.
  1. Bayaran sewaan ini termasuk soket,lampu, kipas, 2 buah meja, 2 buah kerusi serta plastik sampah untuk satu gerai.
  1. Penggunaan barangan elektrik:-voltan yang dibenarkan  12 KVA tapi jikalau ingin menggunakan voltan yang lebih tinggi boleh maklumkan segera.
  1. Bayaran cagaran kebersihan sebanyak RM60.00 dikenakan kepada peniaga. Bayaran hendaklah dibuat  bersama pada tarikh pembayaran wang pendahuluan. Jika sekiranya para peniaga gagal mengekalkan kebersihan gerai, wang cagaran TIDAK akan dikembalikan.
  1. Penyewa atau mana – mana pihak tidak dibenarkan menggunakan orang tengah dan hendaklah berurusan terus dengan pihak penganjur.
  1. Resit disediakan sebagai bukti pembayaran.
  1. Segala ketetapan berkenaan pembayaran dan kedudukan tapak gerai adalah dari keputusan penganjur. Keputusan adalah muktamad.
  1. Pembayaran sewa penuh gerai boleh dibuat selewat-lewatnya atau pada 20 September 2013 secara tunai atau pada akaun
  1. Waktu perniagaan:
    1. Bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam (bergantung kepada aktiviti)
    2. Penyewa diminta berkemas mulai 10.00 hingga 11.00 malam.
  1. Penggerai tidak sama sekali dibenarkan menjual apa‐apa barangan yang dilarang di bawah undang‐undang Malaysia. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas apa‐apa tindakan yang diambil ke atas penggerai oleh pihak berkuasa.
  1. Penggerai dibenarkan untuk meninggalkan barang jualan pada waktu malam. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kecurian. Kawalan keselamatan disediakan bagi memantau tapak perniagaan secara keseluruhan. Sila berhubung dengan Unit Keselamatan & Kebersihan untuk sebarang pertanyaan.
  1. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecelakaan akibat kecuaian penggerai.
  1. Pihak penganjur berhak meminda syarat dan peraturan ini atas alasan yang munasabah pada bila‐bila masa.
  1. Tarikh tutup penyerahan borang ialah pada 30 Ogos 2013.
  1. Pertanyaan/Surat-Menyurat & Serahan Borang Permohonan Sewaan Gerai
  1. Untuk sebarang pertanyaan mengenai sewaan gerai dan serahan Borang Permohonan Sewaan Gerai, sila hubungi urusetia berikut :

i Siti Najihah Binti Sabri.

(0134711828)

ii Ashraf Bin Mohd Nor.

(0145096489)

Semua surat-menyurat hendaklah dialamatkan kepada :

Sekreteriat Konvensyen Keusahawanan Islam Ke-9 (ICEPS9)

Universiti Sains Islam Malaysia,

Nilai, Negeri Sembilan

BORANG PERMOHONAN GERAI

 

Pautan borang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s