BENGKEL pertandingn (edited)

PERTANDINGAN FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI

Syarat-syarat penyertaan:

1. Like kami di facebook ICEPS 9

2. Meletakkan logo ICEPS 9 dengan jelas pada foto atau video pendek yang dihantar.

3. Foto dan video anda perlulah original tanpa mengambil hasil tangan orang lain.

4. Dilarang sama sekali mengandungi perkara-perkara tersebut di dalam foto atau video pendek:

i) adegan yang berlawanan dengan syarak contohnya hubungan bebas dan etc

ii) ciri-ciri berunsur perkauman, kepartian atau lucah

iii) Mencaci atau mengutuk mana-mana pihak, pertubuhan atau persatuan

Sekiranya peserta didapati melanggar peraturan ini, pihak kami berhak menolak sebarang penyertaan serta merta.

5. Video pendek anda boleh dijelmakan dalam apa jua bentuk animasi, dokumentari, lakonan dan sebagainya mengikut kreativiti

6. Cara-cara penghataran untuk kedua-dua kategori:

i) Video pendek:

Muat naik video pendek anda ke dalam akaun youtube anda dan emailkan link youtube ke iceps.sembilan@gmail.com untuk proses undian (20%). Tajuk haruslah disertakan tajuk : “Pertandingan Video ICEPS 9: [Nama Klip Video Anda]”

Kriteria untuk Videografi:

  • Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu video tetapi hanya berhak memenangi satu hadiah sahaja.
    Video montaj akan dinilai berdasarkan keaslian karya, kandungan dan kesesuaian dengan tema, dan paling penting rujukan dan kandungan yang dikaitkan dengan tema ICEPS 9.
  • Kandungan penyertaan video harus mempunyai logo ICEPS 9 dengan jelas.
    Video yang dihantar tidak akan dikembalikan dan segala penyertaan akan menjadi hak milik ICEPS 9.
  • Durasi 3-5  minit

ii) Fotografi

Hantar kepada kami dengan menghantar ke alamat email  iceps.sembilan@gmail.com. Sertakan sekali pautan link foto untuk high resolution (tanpa resize foto asal).

* Kami akan menghubungi peserta yang berjaya untuk menghantar gambar bercetak.

  • Foto perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja.
  • Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG atau TIFF atau BITMAP.
  • Saiz gambar bercetak (print) adalah
    • 8” x 10 in (8R) tanpa bingkai

Kriteria untuk Foto:

  • Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan atau pameran.
  • Pihak menganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
  • Teknik mengambil gambar adalah bebas.
  • Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya proses merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaya dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.

7. Sertakan maklumat mengenai diri anda secara individu atau berkumpulan dengan mengisi borang penyertaan dan emailkan ke  iceps.sembilan@gmail.com.

Hadiah dan penghargaan bagi setiap kategori videografi:

Pemenang pertama: RM250 beserta sijil

Pemenang kedua: Rm150 beserta sijil

Pemenang ketiga: RM70 beserta sijil

2 saguhati: cenderahati ICEPS 9

Hadiah dan penghargaan bagi setiap kategori fotografi:

Pemenang pertama: RM150 beserta sijil

Pemenang kedua: Rm90 beserta sijil

Pemenang ketiga: RM50 beserta sijil

2 saguhati: cenderahati ICEPS 9

  • Pemenang-pemenang akan diumumkan pada Majlis Penghargaan Pertandingan Fotografi dan Videografi 2013 yang akan diadakan pada 29 September 2013 iaitu semasa ICEPS 9 berlangsung.

Terbuka kepada semua!!

Tema: ”Keusahawanan Islam Peneraju Ekonomi Global”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s