Picture1

Oleh : Rasyidah Mohamad

Nilai, 28 Sept 2013, Sabtu – Program Young Entrepreneur Seminar (YES) 2013 anjuran Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke-9 (iCEPS 9)di bawah unit Konvensyen dengan kerjasama Wadah Insan Synergi Training and Consultancy telah berlansung .

Matlamat seminar ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai keusahawanan kepada mahasiswa dan mahasiswi selain menerapkan jiwa ke usahawannan dalam diri pelajar. Juga untuk memberikan peluang atau membuka ruang lingkup minda mereka kearah kerjaya lain  iaitu keusahawanan. Dimana keusahawanan juga merupakan satu kerjaya. Pendedahan awal ini juga diharap dapat membantu mereka dalam membuat persediaan awal sebelum menceburikan diri dalam dunia perniagaan dan seterusnya memberikan ke kuatan dalam mengharungi cabaran arus perniagaan yang umum nyabukan sesuatu yang mudah.

Seminar ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir tepat jam 5.30 petang. Program tersebut merangkumi lima pembentangan berbeza. Bermula dengan “Be Money Wise @ Campus” yang disampaikan oleh Tuan Azrul Azlan Iskandar Mirza, selaku Perunding Kewangan Syariah, Muamalat Events. Diikuti sorotan sirah : Strategi Bisnes Nabi Terunggul , oleh Tuan Aizuddin Zakaria ,  penulis Buku Jejak Bisnes Rasul & Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman  bin Auf.

Pelajar juga berpeluang bersama empat usahawan kampus dalam slot “Sharing Moments” yang terdiri daripada kalangan bekas pelajar Universiti Sains Islam Malaysia . Antarabarisan panel yang dijemput ialah Saudara Adib (Online Marketer), Saudara Afifi Saldan (bisnesGajet) , Saudara Shafiq( Perunding Takaful) dan Saudara Muim Abdullah (BisnesCetakBaju).

Diikuti pembentangan dari lensa buku : Pilih Kerjaya bukan Kerja yang disampaikan oleh En.Hizwani, selaku Matan Deputy CEO KWSP dan juga merupakan penulis Buku Pilih Kerjaya Bukan Kerja. Di dalam slot ini , penulisbanyak berkongsi pengalaman beliau dan juga menyelitkan beberapa tip-tips penting dalam pemilihan kerjaya. Pelajar juga berpeluang untuk memiliki buku tersebut bersama autograph penulis.

Pembentangan diakhiri dengan slot “Entrepreneurship Campaign Through Islamic Financial System (Muslims& Current Economic Challenge –How to Counterpart) yang disampaikan oleh En. Hirman hariffudin, selaku Business Development Manager, Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

Arrharatnasari selaku pengarah program berkata, “Alhamdulillah, objektif program tercapai dan jumlah peserta juga mencapai target sasaran dalam anggaran 200 hingga 350 orang peserta.”

Peserta-peserta juga memberikan respond yang baik .Dimana mereka berterima kasih dengan pencerahan dan perkongsian daripada seminar ini. Seminar ini juga banyak membantu mereka untuk lebih jelas dengan hala tuju masa depan mereka .

Leave a comment