Program Young Entrepreneur Seminar (YES) 2013

Picture1

Oleh : Rasyidah Mohamad

Nilai, 28 Sept 2013, Sabtu – Program Young Entrepreneur Seminar (YES) 2013 anjuran Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke-9 (iCEPS 9)di bawah unit Konvensyen dengan kerjasama Wadah Insan Synergi Training and Consultancy telah berlansung .

Matlamat seminar ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai keusahawanan kepada mahasiswa dan mahasiswi selain menerapkan jiwa ke usahawannan dalam diri pelajar. Juga untuk memberikan peluang atau membuka ruang lingkup minda mereka kearah kerjaya lain  iaitu keusahawanan. Dimana keusahawanan juga merupakan satu kerjaya. Pendedahan awal ini juga diharap dapat membantu mereka dalam membuat persediaan awal sebelum menceburikan diri dalam dunia perniagaan dan seterusnya memberikan ke kuatan dalam mengharungi cabaran arus perniagaan yang umum nyabukan sesuatu yang mudah.

Seminar ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir tepat jam 5.30 petang. Program tersebut merangkumi lima pembentangan berbeza. Bermula dengan “Be Money Wise @ Campus” yang disampaikan oleh Tuan Azrul Azlan Iskandar Mirza, selaku Perunding Kewangan Syariah, Muamalat Events. Diikuti sorotan sirah : Strategi Bisnes Nabi Terunggul , oleh Tuan Aizuddin Zakaria ,  penulis Buku Jejak Bisnes Rasul & Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman  bin Auf.

Pelajar juga berpeluang bersama empat usahawan kampus dalam slot “Sharing Moments” yang terdiri daripada kalangan bekas pelajar Universiti Sains Islam Malaysia . Antarabarisan panel yang dijemput ialah Saudara Adib (Online Marketer), Saudara Afifi Saldan (bisnesGajet) , Saudara Shafiq( Perunding Takaful) dan Saudara Muim Abdullah (BisnesCetakBaju).

Diikuti pembentangan dari lensa buku : Pilih Kerjaya bukan Kerja yang disampaikan oleh En.Hizwani, selaku Matan Deputy CEO KWSP dan juga merupakan penulis Buku Pilih Kerjaya Bukan Kerja. Di dalam slot ini , penulisbanyak berkongsi pengalaman beliau dan juga menyelitkan beberapa tip-tips penting dalam pemilihan kerjaya. Pelajar juga berpeluang untuk memiliki buku tersebut bersama autograph penulis.

Pembentangan diakhiri dengan slot “Entrepreneurship Campaign Through Islamic Financial System (Muslims& Current Economic Challenge –How to Counterpart) yang disampaikan oleh En. Hirman hariffudin, selaku Business Development Manager, Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

Arrharatnasari selaku pengarah program berkata, “Alhamdulillah, objektif program tercapai dan jumlah peserta juga mencapai target sasaran dalam anggaran 200 hingga 350 orang peserta.”

Peserta-peserta juga memberikan respond yang baik .Dimana mereka berterima kasih dengan pencerahan dan perkongsian daripada seminar ini. Seminar ini juga banyak membantu mereka untuk lebih jelas dengan hala tuju masa depan mereka .

BICARA SISWI “TREND WANITA BERKERJAYA MASA KINI: DISKRIMINASI WANITA MUSLIMAH”

DSC_0399

Oleh: Nur Rasyidah Mohamad,Noraihan Halim

NILAI, 27 SEPTEMBER 2013 – Berlangsungnya Bicara Siswi yang bertajuk  “Trend Wanita Berkerjaya Masa Kini: Diskriminasi Wanita Muslimah” tepat jam 12.00 tengah hari di perkarangan Stadium Tertutup Nilai. Bicara Siswi ini dikendalikan oleh moderator saudari Afifa Ulayya, pelajar tahun dua . Penceramah jemputan yang didatangkan khas iaitu Puan Anfal binti Saari yang merupakan usahawan wanita yang berkerjaya telah memberi gambaran bahawa seorang muslimah tidak menjadi penghalang untuk berjaya.  Beliau juga adalah Pengurus Urusan Brotherhood Arts selaku Timbalan Presiden Pertubuhan GEMA Malaysia.

Forum bicara siswi ini menerapkan dan menyentuh perihal mahasiswi yang bakal menghadapi gerbang pekerjaan. Namun begitu, adat resam hidup di dunia setiap apa yang ingin diperolehi manusia akan ada cabaran dan mehnah tribulasi yang akan datang melanda.

Lebih-lebih lagi tekanan yang menghimpit amat dirasai oleh mahasiswi Islam terutamanya dalam konsep pemakaian, ikhtilat dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ini bukan bermakna mahasisiwi Islam terbatas dalam melakukan apa jua pekerjaan dan tiada kebebasan yang diberikan kepada mereka. Walhal, jika mereka memahami konsep cara hidup umat Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, amat mudah sekali mereka melakasanakan kewajipan mereka sebagai seorang pekerja.

Pada masa kini, terdapat sesetengah syarikat memandang enteng kepada golongan wanita yang menutup aurat. Sehinggakan majikan ini sanggup menolak permohonan kerja wanita bertudung walaupun pada hakikatnya wanita ini mempunyai kelayakan yang bagus.  Mereka menggangap golongan ini kelihatan kuno dan kolot. Dalam ceramahnya ini, Puan Anfal menceritakan bahawa realiti dunia pekerjaan sekarang jelas terdapat syarikat ternama yang tidak menerima pekerja yang berhijab.

“Sebagai mahasiswi yang bakal melihat dunia luar, perlulah  menjaga diri sebagai muslimah. Persediaan perlu dilakukan sebelum keluar ke alam pekerjaan, terdapat banyak cabaran dalam dunia pekerjaan. Dengan pendedahan sebegini, mahasiswa mendapat satu panduan  untuk mengekalkan jati diri” ujar Pengurus Urusan Brotherhood Arts.

Forum ini berakhir sekitar jam 2.00 petang dengan sesi soal jawab. Pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh para hadirin bagi mendapatkan penjelasan tentang topik yang dibincangkan. Kehadiran pengunjung sekitar 200 orang menambah kemeriahan majlis ini.

BERDOA SELAGI NYAWA MASIH DIKANDUNG BADAN

 

YA ALLAH….YA ALLAH…..YA ALLAH……

Picture2

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah!!!

Perkenankanlah Permintaan Kami,,,

Aamiin Aamiin Aamiin AllahummaAamiin…

ALLAHU RABBI, Ya Allah RabbulJalil, jatuhkanlah bala terhadap tentera Al Sisi di Mesir, Bashar di Syria ,sokongan Yahudi,  Zionis laknatullah. Hancurkanlah mereka yg sangat zalimini. Cerai beraikanlah mereka yang telah banyak membunuh saudaraku yang tidak bersalah dgn begitu kejam. Laknat ke atas Bashar, al sisi!!! Laknat keatas Amerika, Yahudi, Israel zionis,… paling kurang pun Ya Allah, cabutlah dan pecahkanlah urat saraf setiap mereka ini, agar mereka tidak dapat bergerak untuk membunuh dan menzalimi orang-orang Islam Ya Allah …

Crew-crew Iceps 9 menyokong dan BERSAMA-SAMA  MENOLAK pakatan JAHAT yahudi, Israel, Amerika, Zionis, Russia & NEGARA Islam yang bersekongkol.  Jangan jadikan MESIR seperti di Palestin, Iraq dan Libya, Algeria dan Syria SERTA NEGARA ISLAM LAINNYA, kasihanilah orang tua, wanita dan kanak-kanak, Ya ALLAH hancurkan pakatan mereka jangan sampai berbaki kroni mereka seperti burung Ababil hancurkan tentera Abrahah dgn kekuasaan Mu dan tetapkan kemenangan kepada Golongan Islam Sejati dan tetapkan iman kami serta penuh kesabaran dan kami bersatuhatiYa ALLAH Ya RabbalAlamin…

HANCURKAN PAKATAN JAHAT DAN PEMIMPIN JAHAT DAN KRONI MEREKA DI TANAH MELAYU, MALAYSIA JUGA YA ALLAH…BANGKIT LAH WAHAI UMAT ISLAM YG SEJATI…

BERDOALAH SETIAP MASA TERISTIMEWA DI BULAN ZULKAEDAH INI SEGALA DOA DIBERKATI DAN DIPERKENANKAN YA ALLAH…Aamiin YA RABBAL ALAMIN …

“Sebagai umat Syahadah yang sama Hati terguris Sebak di dada

…Syria…Palestin… Mesir… Saudara kita

Tak henti Rintangan melanda Dan mereka Merana

Ya Allah BantulahKu kirim doa Di hadapan Di belakang

Teruskanlah berjuang Hapuslah derita Hujungnya di syurga”

(Hafiz Hamidun­_R4bia Syria)

BERITA PAMERAN-PAMERAN iCEPS 9

Oleh : Halimaton Saadiah

Nilai, 26 Sept 2013, Khamis – iCEPS 9 kini lebih meriah dengan adanya pameran-pameran daripada pelbagai agensi. Dengan adanya pameran-Picture2pameran ini, para pengunjung dapat mengetahui pelbagai maklumat yang berguna serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat atau ber kongsi idea. Antara pamerannya adalah seperti berikut :

1. Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan
2. Darus Syifa’ KLIA
3. Waqaf
4. Etiqa Takaful Maybank
5. Aman Palestin
6. PEMBINA
7. Syria Care

Picture3

KELAB RADIO AMATUR NEGERI SEMBILAN
Tujuan penubuhan kelab ini adalah menarik minat para belia terhadap teknologi baru dan kegunaan radio kepada dunia masa kini. Ia juga akan menghindarkan belia dengan budaya lepak seterusnya menghindarkan dari gejala yang tidak baik. Membantu masyarakat dengan memberi pertolongan secara langsung atau tidak langsung. Memberi pendidikan teknologi maklumat serta merapatkan diri dengan masyarakat. Menarik minat masyarakat dariperingkatpelajarhinggakeperingkat yang teratas, perihal pentingnya perhubungan radio dua hala.

Picture1

DARUS SYIFA’ KLIA

Darussyifa’ merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal di kalangan penduduk Bangi dan masyarakat luar terutamanya orang Islam ia menjadi satu altenatif kepada  orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital. kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami penyakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya. Dengan kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa’ iaitu menggunakan ayat-ayat al-Qur’an, Hadith dan Doa-doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya.

Darussyifa’  merupakan nama sebuah bangunan yang digunaka nuntuk kegiatan pengubatan Islam. Perkataan Darussyifa’  adalah gabungan daripada perkataan dar (rumah) dan al-Syifa’ (kesembuhan) yang bererti Klinik Rawatan. Idea penubuhan ini lahir daripada seorang pensyarah dan juga seorang ulama  yang terkenal di tanah air. Beliau yang dimaksudkan ialah Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haron bin Din lebih dikenalidengan pangillan UstazHaron Din. UstazHaron Din bergiat dalam bidang rawatan dengan menggunakan doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Qur’an, hadith serta sunnah Rasulullah s.a.w.

“Kita hanya BERIKHTIAR untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan, yang penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan IKHLAS kerana Allah SWT.”

PEMBINA

Picture4

Harapan yang menggunung untuk “Meneraju Arus Mahasiswa” serta “Membentuk Jati Diri Belia” telah membawa PEMBINA datang ke iCEPS9 untuk membuat pameran. “Take opportunity” adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai objektifnya.Olehsebabitu, PEMBINA mengambil peluang ini untuk dapat berhubung dengan belia terutamanya dan masyarakat luar sana umumnya. Menariknya PEMBINA ini adalah mereka amat menekankan isu-isu semasa dalam negara. Contohnya, berleluasanya isu-isu liberal ini mempengaruhi dan mengelirukan pemikiran dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Matlamat utama penubuhan PEMBINA adala untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmurannegara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jati diri belia, serta gerak kerja ke masyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivis mebelia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

PEMBINA optimis bahawa golongan belia Islam di Malaysia secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi bangsa yang hebat, walaupun sering dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dan krisisi dentiti. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan.  Inilah mesej yang ingin dibawa oleh PEMBINA kepada masyarakat.

“Menjadi peneraju aktivis membelia Islam melalui pemuliharaan dan pembangunan belia Islam.”

 

ETIQA TAKAFUL

Pameran ini bertujuan memperluaskan pakej terbaru iaitu Plan Mabrurhasilinovasi daripada Plan Karisma. Perbezaan antara Etiqa Insurans dan Etiqa Takaful adalah ketua bagi Etiqa Insuran sialah orang bukan Melayu manakala bagi ketua Etiqa Takaful adalah orang Melayu.

Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji danUmrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaa nakaunTabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar. Pelan ini disertakan BayaranTunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan BayaranTunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. BayaranTunai tetap ini akan dikumpulkan di dalamakaunTabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi ke perluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Pesertadan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun. Antara manfaat dan perlindungannya adalah seperti berikutnya :

Manfaat Utama

  1. Mula tambahkan simpanan anda
  2. Manfaat Matang

Perlindungan Komprehensif

  1. Manfaat Kematian
  2. Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan
  3. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
  4. Manfaat Badal  Haji
  5. Elaun Haji dan Umrah
  6. Manfaat Ihsar
  7. Elaun Penjagaan Anak

Aman Palestin mempunyai visi untuk menjadi sebuah badan yang akan menjadi sumber rujukan (Marja’iyyah) dengan mengambil perananPicture5 memberikan pertolongan (An-Nusrah) dan sokongan (Ad-Da’mu) kepada rakyat Palestin untuk menikmati kehidupan yang aman sejahtera dengan memiliki model institusi yang profesional dan berkualiti yang meraikan ketelusan, amanah dan kesungguhan (Jiddiyyah).

Manakala misi Aman Palesti pula adalah menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang berukhuwwah. Keduanya, membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan di samping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.Tabung Palestin Aman Palestin telah dilancarkan secara rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia pada 8 September 2009. Antaranya :

1- Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880

2- Maybank (M) Berhad: 562263010787

3- Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717

4- RHB Islamic Bank: 21245760004907

5- Bank Rakyat: 22-080-619592-2

6- CIMB Islamik: 12150001242107

7- Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95

Bagi sumbangan dalam bentuk barangan yang boleh dijual beli untuk disumbangkan ke tabung Palestin, anda bolehlah menghubungi pejabat untuk mendapatkan keterangan lanjut.Sebarang MoU, perjanjian, usahasama, serta kerjasama ke arah penyumbangan dalam bentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harap & alu-alukan. Segala usaha ke arah kebaikan ini hanya Allah saja yang layak membalasnya.

 

WAQAF

Picture2

Program Amal Wakaf Al-Quran anjuran Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Prihatin Selangor (MASYAR) disokong oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini membuka peluang kepada orang ramai untuk beramal dengan membantu secara membeli dan mewakafkan Al -Quran kepada sekolah-sekolah. Contohnya, harga bagi sebuah naskhah Al-Quran bersamaan RM30. Harga ini terlalu mahal bagi mereka yang bergelar fakir miskin. Oleh itu, bagi mereka yang tidak berupaya, dengan RM5 dapat membeli sebanyak 1 lot sudah memadai. Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan persaudaraan antara umat Islam. Al Quran yang telah dibeli dan DIWAKAFKAN oleh orang ramai kepada sekolah-sekolah akan membantu pelajar-pelajar supaya tiada lagi pelajar membawa Al -Quran dari rumah atau berkongsi Al -Quran di sekolah. Dengan itu juga mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya semasa pembelajaran (j-Qaf) Pengajaran al Quran serta menjaga adab ketika membawa atau menggunakan Al -Quran. Melalui Program Amalini juga, kita semua dapat berusaha untuk mencari keredhaan dan keberkatan dariNya. Al Quran yang diperlukan untuk diwakafkan kepada 710 Buah Sekolah Rendah Kebangsan (Selangor, Wilayah Persekutuan &Putrajaya) adalah sebanyak 71,000 naskah.

“Gunakan Al-Quran berterusan, menjadikan amalan berterusan”

Picture3

Picture4Syria Care adalah cawangan dari “Pertubuhan Sinar Damsyik” demi untuk membantu Umat Islam di Syria. Memberikan kesedaran rakyat malaysia mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Syria dan keperluan rakyat Syria demi membantu mereka dari sudut harta benda dan politik mereka. Mewujudkan satu alternatif untuk rakyat malaysia menyampaikan apa yang mereka mampu kepada saudara kita yang memerlukan bantuan di Syria. Tanggungjawab dan amanah kerajaan sesebuah negara adalah melindungi rakyatny dari segala bahaya ancaman yang mengancam keselamatan nyawa. Namun sekiranya amanah ini gagal dipikul apatah lagi menzalimi rakyat sendiri dan mengancam keselamatan mereka seperti rejim syiah Assad di Syria dan kudeta Mesir, makatanggungjawab harus dipikul oleh UN (United Nations), namun sekiranya pihak UN gagal mengawal keadaandan mengembalikan keamanan, maka tampuk pemerintahan harus diserahkan kepada generasi baru di negara tesebut seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir dan generasi baru pejuang pembebasan Syria .

 

Picture6Dimana hilangnya perikemanusiaan?

Mereka yang diserang ini adalah umat Islam. Mereka tempuhi liku-liku kehidupan, kesengsaraan tanpa mengharap lagi datangnya bantuan dari saudara-saudara Islam mereka di seluruh pelusuk dunia. Dengarlah rintihan mereka ketika insan tersayang mereka pergi meninggalkan mereka buat selamanya.

 

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam bersabda :

“Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscayaakan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorangm uslim Allah akan tutup kanaibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya”(RiwayatMuslim)

KARNIVAL ICEPS9 DAPAT SAMBUTAN HANGAT

timeline iceps9

Oleh : Muna Majidah Zameram

NILAI 29 September- Karnival bersempena Konvensyen Keusahawanan Islam kali ke-9 (iCEPS9) selama empat hari bermula 26 September ini di Perkarangan Stadium Tertutup Nilai telah mendapat kunjungan lebih 20,000 orang pengunjung dari seluruh Malaysia.

iCEPS9 yang merupakan anjuran para mahasiswa tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini telah dimulakan dengan konvoi berbasikal skuad iCEPS9 sepanjang 12km di sekitar Nilai bersama Kelab Berbasikal Bomba Nilai.

Pengarah iCEPS9, saudara Ahmad Afiq Ahmad Maulud berkata, pihaknya membuat beberapa pembaharuan dalam karnival konvensyen kali ini dengan menggabungkan beberapa program besar bagi memberi peluang kepada para mahasiswa untuk bersama masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Konvensyen ini pada dasarnya adalah untuk memberi pendedahan berkaitan keusahawanan islam. Namun, kali ini, kami juga menganjurkan program-program yang menerapkan nilai-nilai islam seperti solidariti perjuangan umat Islam melalui Forum Konflik Mesir: Revolusi atau Rampasan dan Konsert Simfoni Akustik Gaza dan Syria,” katanya.

Tambahnya lagi, “aktiviti paling besar dalam karnival konvensyen kali ini ialah penganjuran Malam Cinta Rasul buat kali pertama di Negeri Sembilan yang menampilkan Habib Syech Assegaf dan Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki.”

IMG_6262

DSC_2618

Karnival konvensyen yang diadakan bermula jam 9 pagi hingga jam 11 malam ini telah disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah Go-Kart, Bicara Siswi: Diskriminasi Wanita Berhijab, Mini Zoo, Giant Bubble, Photo Booth, Young Entrepreneurship Seminar (YES) dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pertandingan-pertandingan yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, antaranya Sukaneka Mahasiswa, Spell It Right, Pertandingan Islamic Business Plan, Explorace, Pertandingan Nasyid Terbuka, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bayi Comel, dan Sukan Rakyat.

IMG_6670

Yang turut hadir, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, USIM dalam Majlis Perasmian Penutup iCEPS9 hari ini.

“Komitmen tinggi para mahasiswa dalam menganjurkan program sebegini sememangnya selari dengan harapan universiti untuk melahirkan pelajar berkepimpinan tinggi dan mampu bersaing dalam dunia global yang semakin mencabar masa kini,” kata Penasihat iCEPS9, Dr Khairil Faizal Khairi.

 

Kupasan Isu Menarik, Konflik Mesir: Revolusi atau Rampasan

konflik mesir

Nilai, 26 Sept 2013, Khamis- Sekitar 400 orang penonton telah menghadiri Forum Konflik Mesir: Revolusi atau Rampasan sempena Karnival iCEPS9.  Majlis dimulakan dengan persembahan flashmob jemputan dari  Aqsa Syarif Nilai yang diketuai oleh Saudari Noor syamila Samsulkamal.

“Flashmob ini menceritakan kronologi kisah yang berlaku di Mesir, bermula daripada konspirasi yang dilakukan oleh penyokong Jeneral As sisi pada zaman pemerintahan Presiden Dr Morsi sehingga perjuangan yang masih belum selesai di seluruh dunia dalam menyokong perjuangan menuntut keadilan di medan Rabaah”, ujar salah seorang peserta flash mob, Saudara Muhammad ‘Afif Bin Amir Husin yang juga merupakan ahli Aqsa Syarif Nilai.

Forum yang dikendalikan oleh Saudara Amir Zuhair, telah menampilkan dua orang yang sangat berpengalaman dalam isu ini, iaitu Ustaz Abdul Haris Bain, wakil Presiden IKRAM ke Mesir dan juga Prof. Madya Kamaruzzaman Yusof, Pensyarah UTM Skudai.  Forum ini telah mengupas lanjut tentang keadaan sebenar pergolakan yang berlaku di mesir.

Berkata Prof. Madya Kamaruzzaman “Al-Quran dan As-Sunnah adalah rahsia tarbiyyah Ikhwanul Muslimin yang berjaya kerana secara umumnya, ahli-ahli Ikhwanul Muslimin hendaklah menghafaz minima 10 juz Al-Quran untuk menjadi ahli yang sah” . Antara hadirin yang hadir semalam adalah para pelajar  Sekolah Menengah Agama Nilai dan Sekolah Menengah Agama Itqan, Gemencheh.

Di akhir program, banyak persoalan yang diajukan oleh para penonton membuktikan bahawa masyarakat peka dengan isu semasa yang sedang berlaku di sana. “Walhal, ada yang menyalahgunakan sistem demokrasi demi kepentingan peribadi bukannya berasaskan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan” demikian dikatakan oleh Ustaz Abdul Haris.

Menurut pengarah forum ini, Saudari Nurul Athirah binti Mohd Sobri, “isu ini dipilih selaras dengan isu semasa yang sangat gempar kini. Ia bukanlah isu Morsi atau As Sisi namun merupakan isu keadilan yang telah dicabuli.” Forum diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan juga hadiah cabutan betuah kepada pengunjung yang hadir. Jutaan penghargaan diberikan kepada RMD Qaseh Rich Training and Consultancy yang sudi menaja cenderamata pada malam tersebut.

JELAJAH KONVOI SKUAD ICEPS9

Pasukan skuad iCEPS 9

Nilai,26 Sept 2013, Khamis- Telah berlangsungnya konvoi skuad ICEPS 9 bermula jam 5 petang semalam. Konvoi Skuad ICEPS 9 dilancarkan sebagai pembukaan kepada Karnival ICEPS 9 di samping mempromosikan ICEPS 9 kepada masyarakat sekitar Nilai .Konvoi Skuad ICEPS 9 yang diketuai oleh saudara Saufi Saad ini telah melibatkan 17 buah basikal ,15 buah motor dan juga 2 buah kereta dengan diiringi sebuah ambulans sebagai langkah keselamatan.Konvoi ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran mascot ICEPS9 iaitu seekor tupai.Skuad telah dilepaskan oleh Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Dr Asmaddy Haris.

Konvoisepanjang 11.5 km ini bermula dari Stadium Tertutup Nilai , terus ke Akasia, Jati Park, Anggerik, Kampus USIM dan berakhir semula di Stadium Tertutup Nilai. Konvoi ini berlangsung selama 1 jam 15 minit.“Alhamdulillah, konvoi ini mendapat sambutan dan sokongan yang sangat baik daripada masyarakat sekitar.Ini dapat dilihat daripada pertambahan kehadiran pengunjung yang mendadak pada malam semalam”, ujar saudara Solehan M Amin, salah seorang ahli skuad iCEPS9.

Berkata Pengarah iCEPS9, saudara Ahmad Afiq bin Ahmad Maulud, “para crew iCEPS9 merupakan kekuatan buat saya. Dengan sokongan dari mereka, akhirnya saya berjaya menamatkan Konvoi Skuad iCEPS9.Semoga ukhuwwah yang dibina mampu bertahan hingga ke akhirnya.”

Kupasan Isu Menarik, Konflik Mesir: Revolusi atau Rampasan

 IMG_5496

Nilai, 26 Sept 2013, Khamis- Sekitar 400 orang penonton telah menghadiri Forum Konflik Mesir: Revolusi atau Rampasan sempena Karnival iCEPS9.  Majlis dimulakan dengan persembahan flashmob jemputan dari  Aqsa Syarif Nilai yang diketuai oleh Saudari Noor syamila Samsulkamal.

“Flashmob ini menceritakan kronologi kisah yang berlaku di Mesir, bermula daripada konspirasi yang dilakukan oleh penyokong Jeneral As sisi pada zaman pemerintahan Presiden Dr Morsi sehingga perjuangan yang masih belum selesai di seluruh dunia dalam menyokong perjuangan menuntut keadilan di medan Rabaah”, ujar salah seorang peserta flash mob, Saudara Muhammad ‘Afif Bin Amir Husin yang juga merupakan ahli Aqsa Syarif Nilai.

Forum yang dikendalikan oleh Saudara Amir Zuhair, telah menampilkan dua orang yang sangat berpengalaman dalam isu ini, iaitu Ustaz Abdul Haris Bain, wakil Presiden IKRAM ke Mesir dan juga Prof. Madya Kamaruzzaman Yusof, Pensyarah UTM Skudai.  Forum ini telah mengupas lanjut tentang keadaan sebenar pergolakan yang berlaku di mesir.

Berkata Prof. Madya Kamaruzzaman “Al-Quran dan As-Sunnah adalah rahsia tarbiyyah Ikhwanul Muslimin yang berjaya kerana secara umumnya, ahli-ahli Ikhwanul Muslimin hendaklah menghafaz minima 10 juz Al-Quran untuk menjadi ahli yang sah” . Antara hadirin yang hadir semalam adalah para pelajar  Sekolah Menengah Agama Nilai dan Sekolah Menengah Agama Itqan, Gemencheh.

Di akhir program, banyak persoalan yang diajukan oleh para penonton membuktikan bahawa masyarakat peka dengan isu semasa yang sedang berlaku di sana. “Walhal, ada yang menyalahgunakan sistem demokrasi demi kepentingan peribadi bukannya berasaskan kebenaran, keadilan dan kesejahteraan” demikian dikatakan oleh Ustaz Abdul Haris.

Menurut pengarah forum ini, Saudari Nurul Athirah binti Mohd Sobri, “isu ini dipilih selaras dengan isu semasa yang sangat gempar kini. Ia bukanlah isu Morsi atau As Sisi namun merupakan isu keadilan yang telah dicabuli.” Forum diakhiri dengan upacara penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan juga hadiah cabutan betuah kepada pengunjung yang hadir. Jutaan penghargaan diberikan kepada RMD Qaseh Rich Training and Consultancy yang sudi menaja cenderamata pada malam tersebut.

Aktiviti – Aktiviti Menarik menanti ANDA Sepanjang ICEPS 9

Assalamualaikum, dengan ini Warga ICEPS9 ingin menjemput  orang ramai untuk berkunjung STADIUM TETUTUP NILAI bagi memeriahkan KONVENSYEN KEUSAHAWAN ISLAM KALI KE – 9 atau dikenali sebagai ICEPS9. INSYALLAH  ICEPS 9  akan Berlangsung pada 26 SEPTEMBER dan akan melabuhkan tirainya  pada 29 SEPTEMBER, Pelbagai aktiviti di sediakan untuk penggunjung ICEPS9.

tentatif up

Antara Aktiviti – aktiviti yang kami akan sediakan kepada pengunjung ICEPS9 

habib

buble

                      mini zoo                    konvoi

gokart

                      konflic mesir                     pau

akustikaauto show 1                      spell it right                     sukaneka

explorace

                      warna                     comel

ISLAMIC ENTREPRENEURSHIP BUSINESS PLAN COMPETITION 2013

Harga Sebuah Kesabaran (Surah Yusuf)

Alhamdulillah Iceps 9 akan tiba tak lama lagi Pada 26 september hingga 29 september. Pelbagai dugaan telah kami tempuhi, yang mana kritikan dari pihak luar mengguji KESABARAN kami semua. Walaubagaimanapun, kami dapat mengatasi masalah dengan cekap dan tenang. Insyallah Semoga ICEPS9 pada kali ini adalah yang terbaik.

Marilah kita sama megnhayati tulisan dari Ustaz Mohd Azmir bin Maideen tentang “Harga Sebuah Kesabaran (surah yusuf)

Semuga kita semua sebagai TEAM ICEPS9 sabar dalam mengharung dugaan yang akan ditempuhi….

orang-tua-sabar
Pengarang kitab tafsir kontemporari berjudul “Fi Zilalil Quran”, Sayyid Qutb menyatakan bahawa antara surah yang Allah turunkan kepada Rasulullah s.a.w pada masa-masa sukar dalam sejarah dakwah dan kehidupannya, adalah surah Yusuf. Surah ini diturunkan antara ‘amul huzni (tahun duka cita kerana kematian Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid) dan antara baiah ‘Aqabah pertama yang dilanjutkan sehingga ke baiah ‘Aqabah kedua.

Pada saat itu, baginda Rasulullah selain mengalami kesedihan kerana ditinggalkan dua orang yang menjadi sandarannya, baginda turut mengalami kepedihan akibat pemulauan masyarakat jahiliyyah yang terdiri daripada kaumnya sendiri, bangsa Quraish. Maka Allah menceritakan kepada Nabi-Nya yang mulia, kisah Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim, yang juga mengalami berbagai-bagai ujian dan cubaan yang getir.

Saudara-saudara Nabi Yusuf sendiri sanggup menghumbankannya ke dalam sumur agar menjadi umpan haiwan-haiwan liar dan buas, dengan harapan hilanglah Yusuf dari perlindungan dan perhatian orang tuanya iaitu Ya’qub a.s. Nabi Yusuf hidup dalam gelandangan, dan terus diuji dengan tipu daya isteri penguasa Mesir. Baginda selanjutnya dihumban ke dalam penjara setelah sebelumnya hidup dalam kemewahan istana sang penguasa.

Kepahitan tersebut ditempuhi dengan tabah dan sabar, di mana selepas itu Nabi Yusuf diuji pula dengan kemakmuran dan kekuasaan yang mutlak di tangannya. Nabi Yusuf ditugaskan mengatur urusan sosial dan perekonomian masyarakat. Akhirnya Nabi Yusuf kembali menghadapi saudara-saudaranya yang dahulu telah cuba memerangkap untuk membunuhnya, dalam pada masa yang sama mereka jugalah yang menjadi sebab ujian-ujian dan penderitaan dalam kehidupan Nabi Yusuf sehingga mencapai puncak kekuasaan.

Sekalipun saudara-saudaranya membenci dan mencemburuinya, apa yang mustahak di sini adalah bagaimana semua ujian itu dihadapi Yusuf dengan penuh sabar sambil terus melanjutkan peranannya menyampaikan dakwah tauhid dan menyelamatkan masyarakat dari kesengsaraan. Surah ini (surah Yusuf), kata Sayyid Qutb, bertujuan menghiburkan serta memantapkan hati orang yang diuji dengan pengusiran dan pemulauan. Bagaimana Nabi Yusuf menyelesaikan semua masalah yang menimpanya dengan satu kalimah, iaitu ‘sabar’.

Di dalam surah Yusuf mengandungi isyarat tentang berlakunya sunnatuLlah ketika para Rasul  merasa putus asa menghadapi kaumnya, bahawa akan ada jalan keluar yang membawa kepada kegembiraan yang didambakan setelah sekian lama mengalami ujian dan cubaan. Penceritaan kisah Nabi Yusuf bukan hanya sekadar bertumpu kepada ketampanannya sahaja, malah seharusnya kita merasai momentum perjuangan Nabi Yusuf a.s menghadapi tekanan dan cabaran.
Surah Yusuf adalah kisah yang paling lengkap dari segi liputannya. Lantaran itu, di dalam surah Yusuf disebut oleh Allah antara ‘ahsanul qasasi’ (kisah yang terbaik), kerana di dalamnya banyak mengandungi ‘ibrah (pelajaran) bagi orang-orang yang beriman dan memanfaatkan akal dengan membawa pesan induknya iaitu; maslahah kehidupan duniawi-ukhrawi, sabar menanggung derita dan sifat pemaaf ketika berkuasa.

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.” (Yusuf:3)

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.” (Yusuf:111)

Secara khusus surah ini menjadi bekalan yang sangat berharga kepada pelanjut perjuangan harakah Islamiyah, untuk menyiapkan kesabaran di atas kesabaran dalam mengharungi medan perjuangan di jalan dakwah. Barangkali, masalah-masalah yang menimpa kepada harakah Islamiyah adalah petanda masih ada resepi-resepi kejayaan yang belum selesai kita capai, atau masih belum sampai tahap kepiawaiannya.

Kerana kesabaran Yusuf a.s, Allah menyiapkannya ujian untuk mencapai hikmah dan ilmu. Sayyid Qutb berkata, “Inilah Yusuf! Saudara-saudaranya menghendaki sesuatu terhadapnya, tetapi Allah menghendaki sesuatu yang lain untuknya. Kerana Allah itu berkuasa atas segala urusan-Nya. Sedangkan saudara-saudara Yusuf tidak berkuasa atas urusan mereka sehingga Yusuf dapat lepas daripada tangan mereka dan bebas dari apa yang mereka kehendaki terhadapnya.”

Jadi, makar (muslihat busuk) kaum pendengki kadangkala menjadi transisi menuju kemenangan dan kemuliaan daripada Allah. Makar yang mereka rencanakan dijadikan jalan oleh Allah untuk membina kehebatan insan yang dikasihi-Nya.

“Dan merekapun merencanakan makar dengan sungguh-sungguh dan kami merencanakan makar (pula), sedang mereka tidak menyedari.” (An-Naml:50)

Ketika saudara-saudara Yusuf datang memohon pertolongan. Disinilah Nabi Yusuf diuji, apakah ia tetap sabar atau melempiaskan kemarahannya ke atas perilaku zalim saudara-saudaranya itu? Ternyata Yusuf memilih kesabaran dan memaafkan saudara-saudaranya itu.

“Dia (Yusuf) berkata; Pada hari ini tiada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu), dan Dia-lah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Yusuf:92)

Begitulah luasnya samudera kemurnian hati Rasulullah s.a.w ketika baginda berkata di saat Fathu al Makkah kepada musuh-musuhnya, “Hari ini aku katakan sebagaimana saudaraku Yusuf a.s. bahawa tiada cercaan terhadap kamu, pergilah kalian kerana kalian adalah orang-orang yang bebas.” – rujuk sirah Ibnu Hisham

“Tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”  

“(Sifat-sifat yang baik itu) tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar, dan juga tidak dianugerahkan melainkan kepada orang yang mempunyai kelebihan yang besar.”(Fussilat:34-35)

Di jalan dakwah ini, seorang aktivis mesti memiliki persiapan spritual dan mental untuk menghadapi makar para pendengki atau musuh dakwah. Kerana makar itu adakalanya merosakkan reputasi kehormatan dan menjadikan kita terhina. Namun yakinlah, selama kita ikhlas dalam melangkah, Allah sentiasa membimbing dan menolong kita. Yakinlah ujian dan cubaan, hanyalah untuk sementara waktu sahaja sifatnya.

Keyakinan ini mendokong peribadi Nabi Yusuf a.s untuk meninggalkan legasi moral kemanusiaan yang cukup memberikan inspirasi kepada umat Muhammad s.a.w bahawa pada saat paling genting, masih ada rahmat Allah, ketika pada saat susah, masih ada sifat pemurah, ketika meratanya kesengsaraan, masih ada kemanusiaan. Kesusahan bukan alasan untuk meninggalkan kepedulian. Semoga kita mendapat iktibar daripada ‘ahsanul qasasi’ surah Yusuf ini untuk terus bergerak menyongsong kegemilangan masa hadapan.

Kesimpulan daripada artikel ini maka dapatlah kita mengambil beberapa pelajaran;

  • Sabar menghadapi makar perancangan musuh dengan memohon pertolongan Allah Taala. Sesungguhnya kesabaran itu akan mengiringi kita kepada kebangkitan. “Pahlawan bukanlah orang yang berani menetakkan pedangnya ke bahu lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dikala ia marah.”
  • Makar para pendengki kadang-kadang menjadi kesempatan bagi para pendakwah untuk menjana kekuatan. Ia menjadi wahana tarbiyah rabbaniyyah dalam rangka mematangkan persiapan mengharungi medan yang lebih luas.
  • Islam tidak mengajarkan umatnya berputus asa, sebaliknya mestilah terus berusaha mencari jalan untuk keluar daripada kesempitan.
  • Apapun bidang keahlian dan kerjaya kita, tidak pernah walau sesaatpun Yusuf a.s melupakan misi asasinya iaitu dakwah dan tarbiyah membina ummah.